Tuesday, July 19, 2016

Tanda-tanda Awal Mengandung

Assalamualaikum w.b.t.

Bingkisan coretan pengalaman in khas aku tujukan kepada Suami tercinta dan bakal Ulama' kami, juga aku kongsikan bagi pengetahuan bakal-bakal ibu diluar sana :-)

21 Jun 2016
  • Masa ni should be tarikh period Ummi.
  • Inilah bulan ramadhan yg ke minggu ke 3 tak silap Ummi.
  • Waktu tarikh period ni Ummi dgn Abi berdoa beharap sgt3 pada Allah agar Allah beri kami peluang menjadi Abi Ummi dan agar ini adalah anugerah Ramadhan tahun ni.
  • Sebelum tarikh period lagi Ummi n Abi tak henti putus zikir, doa dan solat hajat. Rindu sangat3 nak jumpa Ulama suatu hari nanti.
  • Masa seminggu sebelum tarikh jangkaan period ni, Ummi mengalami macam selalu lah bagi setiap2 sebelum ni period yg lepas - sakit ari2 macam nak senggugut, puting rasa sakit.
  • Masa tu Ummi rasa bulan ni belum lagi Allah nak bagi rezeki Ulama kesayangan Abi Ummi. Tapi hati Abi lagi kuat, Abi yang rasa, nalurinya kata kuat bulan ni Allah nak bagi tu.
  • Dup dap dup dap, tarikh jangkaan period Ummi pun sampai (21 Jun 2016). 
  • Lepas berbuka puasa, Ummi rasa dkt bawah rasa tak selesa macam seakan period tu.
  • Ummi pergi tandas nak cek and terus kencing ambil wuduk, hanya Allah yang tahu, Ummi ada keluar darah mcm period tu. Flow tak banyak, tapi seakan bercak darah merah pekat tu. waktu tu Ummi sedih sgt, tak sanggup nak bagitahu Abi, pasti ini kali yang keberapa air mukanya sedikit hampa tetapi ingin berusaha lagi masih buat Ummi tersenyum, selalu pujuk Ummi kuatkan Ummi beri semangat pada Ummi.
  • Malam tu Abi sahaja yang solat maghrib dan ke masjid untuk solat terawih tanpa Ummi.
  • Malam sebelum tidur, abi ada bisik pada Ummi yg tadi masa dekat masjid Abi tak henti doa tu mohon pada Allah agar diperkenankan doa kami.
22 Jun 2016
  • Bercak darah masih ada. tapi tak sebanyak semalam. Cuma ada kecoklatan sahaja masa tu.
  • Ummi dah mula pelik, selalu hari kedua Ummi senggugut dan minum halia suam untuk hilangkan senggugut, tapi kali ni tak rasa senggugut cuma rasa sesungut sikit2 ala2 ringan macam tu. 
23 Jun 2016
  • Bercak darah dah tak ada. Tapi keluar cairan putih. 
  • Ummi dah mula pelik sangat3 sebab Ummi tak pernah mengalami period macam ni. Flow normal.
  • Masuk hari ketiga period Ummi rasa pelik sgt3, mungkin ini ker tanda mengandung?
  • Ummi luahkan pada Abi, Abi pesan, teruskan sahaja berdoa, doa senjata kita umat Islam.
  • Ummi teringin nak buat pregnancy test, abi kata biar dulu tunggu dulu lewat seminggu haid.
25 Jun 2016
  • Balik rumah mak ayah Ummi Abi dkt pahang. Nak berbuka bersama.
  • Ceritakan pada mak ayah, mak syak Ummi pun mengandung.
  • Nampak keceriaan wajah Mak ayah Ummi Abi.
26 Jun 2016

  • Pagi tu nak keluar, terus pergi watson nak beli pregnancy test.
  • Masuk dalam watson, muka Ummi Abi macam blur2 gitu nak pilih pregnancy test tu. berdebar pun ada. tak tahu nk ambil yang mana. Last2 Abi pilih. tak mahal tak murah. RM 9.00++ mcm tu.
  • Cepat-cepat balik rumah. 
  • Ok sekarang pregnancy test tu dah ada dkt tangan Ummi Abi. Ummi tanya mak, dah boleh ker waktu ni cek? Mak cakap, boleh jer, takyah tunggu waktu pagi bangun tidur tu.
  • Ok2. Berdebar pun kian tersa. dup dap dup dap. 
  • Terus Abi bukakan pregnancy test tu and baca arahan. first time guna, jadi sedikit berhati2 dan tangan Ummi Abi seram sejuk jerrrrr.
  • Abi suruh Ummi pg kencing dulu letak dalam bekas kecil yang bersih.
  • Dah kencing,u Ummi datang semula pada Abi, abi yang jalankan ujian tu tgk. (Dah ala-ala Dr. Hakim Abi masa tu tukang cekkan).
  • Debaran kian terasa. Abi Ummi tunggu 3 minit. Zikir tak pernah lekang daripada bibir kami.
  • Tak sampai 3 minit, terus double-line keluar. Ummi tanya, kalau keluar double-line macam ni maksudnya apa. Abi ckp tunggu dulu, kita tunggu jer 3 minit. Abi dah mula tahan air mata. Ummi tak faham.
  • Abi tiba-tiba keluar air mata, peluk Ummi ucap terima kasih Ya Allah tak henti2 dan terima kasih Ummi.. Terus Abi masuk bilik sujud syukur.
  • Ummi jerit panggil Mak ayah, minta mak ayah pulak tgk, ayah cakap ya, Ummi mengandung. Terus Ummi mengalirkan air mata syukur gembira campur berdebar tu. 
  • Abi datang dkt Ummi minta Ummi buat sujud syukur tu. 
  • Air mata Mak mengalir. semua gembira. juga terpancar wajah gembira mak ayah adik2 yang bakal menimang cucu dan nak buah. semua pakat gembira. Terus telefon mak ayah perak tu, semua pakat ucap Alhamduillah dan suara-suara gembira terus menceriakan suasana.
27 dan 28 Jun 2016
  • Spotting ada. Tapi sikit sangat.
1 Julai 2016


  • Tunggu Abi balik kerja nak pergi checkup dengan Dr. Alhamdulillah cek lagi guna pregnancy test, positif Ummi hamil 5 minggu, Dr bagi folicacid untuk makan. senyum lebar wajah Abi :-)
  • Umi dah start mual2 sikit tapi tak teruk. Abi yang kena teruk, mual2, muntah, rasa nak demam, selera makan kurang. makan apa sahaja keluar balik.
16 Julai 2016
  • Minggu ke 7 kehamilan.
  • Tengahari tu Ummi bangun tidur, ada gumpalan darah sedikit macam masa first ummi kena dulu.
  • Tapi tak rasa sakit apa2.
  • Ummi berdebar dn takut sgt. Ummi fikir macam2 masa tu.
  • Tunggu Abi balik kerja terus ke klinik cek scan semua tu. 
  • Alhamdulillah anak ummi ada dan ummi for the first time dp lihat kantung janin ank Ummi Abi.
  • Dr suruh terus ke GH. sebab nak tahu lebih detail.
  • Terus ke hospital seremban, bahagian emergency
  • Berdebar nya hati Ummi Abi hanya Allah yang tahu.
  • Dekat hospital Ummi kena scan lg. degupan jantung anak ummi normal. Semua normal.
  • Tapi Dr minta juga Ummi dgn Abi ke Klinik pakar O & G. untuk lebih detail.
18 Julai 2016
  • Darah dah tak ada. sakit pun tak rasa apa2.
  • Terus ke klinik pakar O & G seperti arahan Dr.
  • Scan dkt perut dengan scan ikut bawah. 
  • Alhamdulillah anak ummi sihat. janin semua ada, laluan serviks tertutut tu, tak ada apa2 kemusykilan dkt kandungan Ummi.
  • Ummi Abi tarik nafas lega. dalam kereta Abi cakap dkt Ulama, hai lah anak Abi, saje jer yer nak tunjuk muka nak bagi ummi abi risau yer, ni semua ikut perangai ummi asyik ank buat teruk jer... Ummi abi tersenyum :-)
*Next entry nanti Ummi Abi update lagi yer.

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers